Ramai pelanggan yang ingin tahu
perbezaan di antara jenis material yang ada untuk membuat label pakaian.
Terdapat beberapa pilihan dalam
memilih jenis material unttuk label pakaian. Material yang paling biasa ialah
satin, taffeta, organic cotton dan damask. Jenis-jenis label ini mempunyai rupa,
rasa (apabila disentuh/pegang) dan ‘thread count’ (TC) yang tersendiri.
TC
merujuk kepada bilangan benang yang disulam dalam setiap inci persegi. Istilah
mudahnya ialah ketebalan serat (fiber = benang). Selain itu, satu perkara lain
yang penting untuk dipertimbangkan apabila memilih label ialah ‘denier’. Denier merujuk kepada berat
serat. Jadi, sekeping label yang tinggi
mutunya adalah yang mempunyai ‘thread count’ yang tinggi dan denier yang
rendah. Dengan kata lain, label ini disulam dengan kemas (high thread count)
tetapi sangat ringan (low denier).
SATIN
Material satin mempunyai ‘thread
count’ (TC) yang rendah. Seratnya lebih besar dan hasil sulaman tidak sehalus
atau sejitu jenis label lain. Label sulam satin adalah sedikit ‘kasar’ dan’keras’
bila disentuh berbanding label jenis lain (boleh menyebabkan kesan gatal kepada
oarng yang kulit sensitive). Walaupun begitu, satin mempunyai kesan kilat dan licin.
Kegunaan:
- Semua jenis pakaian
- T-shirts
TAFFETA
Material TAFFETA mempunyai TC yang
rendah. Seratnya lebih kecil daripada satin. Material ini kurang berkilat
seperti satin. Tetapi ia tahan lasak. Lebih banyak digunakan untuk produk yang
tidak bersentuhan dengan kulit
Kegunaan:
- Outerwear
- Work wear
- Uniforms
- Industrial applications
COTTON
‘Organic’ atau “natural cotton’ pula
mempunyai TC yang sederhana. Walaubagaimanapun, oleh kerana material ini dari
bahan semulajadi, ia lebih lembut daripada benang sintetik buatan manusia. lebih kerap dibuat secara 'printed' berbanding sulam.
Kegunaan:
- All types of clothing
- Handmade items
- Eco-friendly items
- Novelty items (stuffed toys, dolls, etc…)
DAMASK
Damask mempunyai TC yang paling tinggi berbanding jenis lain. Ini adalah material yang paling biasa digunakan untuk label sulam kerana ia sangat lembut dan tidak merimaskan apabila bersentuh dengan kulit. Terdapat dua jenis damask. Damask biasa mempunyai 100 denier atau 75 denier. Satu lagi ialah 50 denier yang juga dikenali sebagai ‘high definition damask’. Ciri serat yang halus yang dimilik oleh damask membolehkan apa jua rekabentuk (design) label disulam dengan jitu dan halus lalu menghasilkan label yang lembut, cantik dan berkualiti tinggi.

Kegunaan :
- All type of clothing
- Sportswear
- Designer Couture
- Children’s wear
- Handbags
Di Label Baju Malaysia, kebanyakan tempahan adalah untuk jenis damask. Damask yang dihasilkan adalah 75D. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh email ke izzuddin2003@gmail.com .